Harga RM12 (2 papan)
Harga RM10
Harga RM35
KEHEBATAN MINYAK ZAITUN
Mengikut sejarah, buah Zaitun dapat memulihkan dan memperkuatkan daya tahan tubuh. Kajian oleh pakar sains mengatakan bahawa minyak zaitun merupakan sejenis antioksida yang diperlukan untuk memerangi LDL kolesterol (kolesterol jahat) yang menyumbat arteri jantung, penyebab utama serangan jantung. Minyak zaitun keluaran minsyam tulen merupakan ekstrak pertama buah zaitun tanpa penggunaan bahan kimia atau haba bagi mempastikan kadar asid yang rendah.
Minyak zaitun boleh digunakan untuk dalaman (kesihatan) juga luaran (kecantikan). Ia digunakan dalam pembuatan produk kecantikan kerana ciri-cirinya yang boleh melembutkan kulit. Paras asid yang rendah memudahkan penghadaman berbanding lemak lain. Vitamin E dalam minyak zaitun dapat merendahkan kolesterol LDL, tekanan darah dan risiko sakit jantung koronari. Vitamin K pula menghalang darah dari melekit dan membeku. Kesimpulannya, minyak zaitun tulen mengandungi perlindungan kesihatan, ia mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular, arteriosklerosis dan pelbagai masalah akibat proses penuaan.
Mengikut hasil kajian yang dijalankan oleh Ketua Jabatan Epideminologi, Universiti Harvard, Dr. Dimitnios Tnichopoulos menunjukkan bahawa penggunaan minyak zaitun dalam jumlah yang besar dapat menurunkan risiko kanser payudara sehingga 50 peratus.
Ibnu Qayyim pernah meriwayatkan bahawa minyak Zaitun yang dibancuh dengan sedikit garam boleh meredakan radang gusi dan gigi. Menurutnya lagi minyak zaitun dapat menawarkan racun dan mengeluarkan cacing.
Hubungi saya 019-6642247
Abd Karim bin Abd Wahab
No 146 Jalan Perdana 8/8
Bandar Perdana, Sg Petani.
No 146 Jalan Perdana 8/8
Bandar Perdana, Sg Petani.
Bismillahirrahmanirrahim
Alhamdulillah segala puji bagi Allah tuhan semesta alam.
Selawat dan salam keatas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.,
para sahabat dan seluruh pejuang Islam.
“Produk Amalan Dan Pemakanan Sunnah“
merupakan tunjang kepada usaha Minsyam.
Dengan berteraskan tunjang tersebut Minsyam berusaha untuk
memperkenalkan produk-produk yang berasaskan amalan dan pemakanan
yang telah disebutkan serta dianjurkan oleh al-Quran dan juga as-Sunnah.
Setiap perkara yang dianjurkan oleh al-Quran mahupun as-Sunnah
tentunya di sana mempunyai nilai yang tinggi.
Disamping itu juga, ganjaran yang berupa pahala tentunya diberikan
bagi mereka yang meyakini serta mengamalkan
apa yang telah disarankan tersebut.
Namun, amat menyedihkan apabila apa yang dianjurkan
Islam itu sering dipertikaikan, bukan sahaja dari orang bukan Islam,
malahan dari penganut Islam itu sendiri
walaupun di sana disediakan ganjaran berupa pahala
bagi yang mengamalkannya.
Oleh yang demikian, Minsyam cuba tampil untuk
memperkenalkan bahawa apa yang dianjurkan atau diajarkan
oleh Islam itu merupakan pilihan yang terbaik untuk kita amalkan
dalam kehidupan seharian kita.
Jesteru, marilah sama-sama kita berganding bahu untuk
memperkenalkan tentang produk-produk amalan dan pemakanan sunnah,
bukan sahaja untuk mendapat keuntungan duniawi,
tetapi turut berusaha untuk mengaut keuntungan ukhrawi.
Semoga usaha kecil ini dapat membantu kita semua
untuk mengenal erti sebenar keindahan Islam dan keagungannya.
Akhir kalam, terima kasih di atas sokongan anda terhadap
produk Minsyam ini. Diharap anda semua mendapat manfaat
yang terbaik daripada apa yang Minsyam cuba tampilkan.
klik disini untuk keterangan lanjut mengenai produk
Tiada ulasan:
Catat Ulasan