KOPI TAHFIZ BAROKAH merupakan kopi pracampuran Habbatus sauda' yang telah diadun bersama kismis, badam madu dan Gingo Boloba.
Insya Allah kopi ini dapat membantu
1. membantu melancarkan perjalanan darah dalam badan.
2. membuang angin dalam badan.
3. meningkatkan daya ingatan pelajar terutama pelajar tahfiz.
4. menurunkan paras gula dalam darah.
5. membantu menurunkan paras kolestrol dalam darah.
KOPI TAHFIZ BAROKAH diwujudkan adalah bertujuan untuk menambahkan produk muslim dipasaran agar umat Islam dapat membeli produk minuman 100% buatan orang Islam. Memandangkan dewasa ini seringkali kita kedengaran terdapat beberapa produk yang sangat meragukan.
Selain dari itu, produk ini diwujudkan bagi membantu pembangunan Maahad Tahfiz As Syakirin di Jalan Selama Bagan Serai Perak, yang baharu sahaja ditubuhkan pada Jan 2014. Kini pelajarnya berjumlah 30 orang.
Perancangan maahad tahfiz ini untuk mendirikan sebiah bangunan untuk dijadikan ruang solat dan hafazan pelajar tahfiz. Buat masa kini mereka hanya menggunakan ruang di bahagian atas yang agak sempit untuk dijadikan ruang solat dan tempat hafazan. Semoga dengan keuntungan jualan ini dapat pihak pengurusan maahad ini merealisasikan hasrat ini.
Jika terdapat dikalangan muslimin/muslimat ingin membuat sumbangan sila rujuk nama bank dan no akaun yang disediakan di bahagian belakang kotak ini. Untuk mendapat keterangan lanjut boleh menghubungi ustaz Mazlan bin Osman di talian 019 5443588.
MEMBELI SAMBIL MENDERMA
Kami juga sedang melantik stokis. Kepada yang berminat sila hubungi mualim Abd Karim di talian 019 664 2247 untuk mendapat maklumat lanjut.
assalamualaikum
BalasPadamWaalaikummusalam Cikgu, tahniah. Semoga terus berjaya dalam segala yang diusahakan. Aammiinnn.
PadamSaya kawan sama2 sebagai guru ATM mengucapkan syabas buat sahabat.
BalasPadam